Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerjaya. Papar semua catatan

8 Feb 2011

Buat Medic kat kg kiter


Kerajaan negeri akan mengadakan perjanjian usahasama dengan Royal College Surgeon of Ireland (RCSI) untuk membuka kampus cawangannya di negeri ini dan beroperasi sementara di bangunan sedia ada sebelum mendapat kawasan sesuaibagi membina kampus tetap.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said bersama beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan pegawai dari Yayasan Terengganu (YT) akan ke Ireland untuk memeterai perjanjian berkenaan pada 22 Februari depan.

“Dengan adanya usahasama ini, kita dapat jimat RM1 juta bagi seorang pelajar kerana kos sebenar pembiayaan sepanjang enam tahun bagi setiap pelajar ialah RM1.5 juta,” katanya kepada pemberita di Majlis Penyerahan e-Book kepada murid Tahun 5, Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, di Dewan Komuniti, Kampung Pulau Bahagia, Manir, hari ini.

Dato’ Seri Ahmad Said berkata, kerajaan akan menghantar 50 pelajar setahun ke RCSI untuk tempoh tiga tahun di Ireland setelah menghabiskan pengajian tiga tahun di kampus cawangan tersebut, di sini.

“Kerajaan akan mengeluarkan belanja RM75 juta untuk 50 pelajar jika tempoh pengajian enama tahun di Ireland, tetapi bila usahasama ini dilaksana kita mampu berjimat RM50 juta,” katanya.

Katanya, bila kampus cawangan RCSI mula beroperasi bukan setakat pelajar tajaan kerajaan negeri malah orang persaorangan yang mampu juga boleh hantar anak mereka untuk mengikuti pengajian dalam perubatan di sini

3 Okt 2010

Latihan separa perubatan




Anda berminat kerja kat hospital tengok disini


Kerjaya di jabatan Bomba


Ingin menyertai kami ?
Tugas-tugas dan Cabaran Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- MEMADAM KEBAKARAN DI STRUKTUR
- UNIT UDARA
- MEMADAM KEBAKARAN DI STRUKTUR TINGGI
- UNIT PENGESAN K-9
- MEMADAM KEBAKARAN DI HUTAN
- UNIT EMS
- MENYELAMAT DI JALAN RAYA
- KOMUNIKASI
- UNIT MOTOSIKAL GERAK CEPAT
- UNIT HAZMAT
- UNIT MENCARI DAN MENYELAMAT
- UNIT 'MUST'
- UNIT MENYELAMAT DI DALAM AIR
- UNIT PENYIASATAN
Jawatan : Pegawai Bomba
Gred : KB17
Kumpulan : Sokongan

Kem./Jab. : Jabatan Bomba dan Penyelamat
Jadual Gaji :

P1T1 RM827.94 - P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 - P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 - P3T24 RM2423.63

Syarat Lantikan:

i) a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;

ii) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut :-

a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita
tanpa bersepatu;

b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi
wanita.

c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm
dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

d) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan
cermin mata;

e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

iii) lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti
berikut :-

a) mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
b) menjulang dan menegakkan tangga Ajax
c) menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
d) memanjat tali

iv) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

http://www.spa.gov.my

19 Sep 2010

Kenali Kolej Teknologi Darulnaim

Keseimbangan kepada aspek akademik, sahsiah dan kepimpinan yang ditekankan oleh KTD menjadi peransang untuk saya berjaya. Semoga saya terus cemerlang dan mampu bermanfaat untuk masyarakat.
Wan Mohd Hasrul Wan Mukhtar, Terengganu GPA 4.00 - DDE

Berada di KTD merupakan lembaran baru bagi saya dalam mencari keredhaan Allah swt. Peluang yang terbentang bukan sahaja untuk mendapat segulung Diploma bahkan untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

Adnan Ahmad, Sabah
GPA 3.79 - DDW

Daftar secara 'ONLINE' sekarang!
Untuk keterangan lanjut berkenaan kemasukan pelajar, program yang ditawarkan dan pembiayaan pengajian,
sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat KTD melalui talian (09) 7747 200 atau (09) 7749 200 - sambungan 0193338484 (En Mohd Razali) atau 0197833850 (Faizah Miswan)

KTD adalah sebuah kolej kerjasama dengan
Universiti Teknologi Malaysia Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Dublin Business School, UKGriffith College, UK
Southampton Solent University, UK Winchester University, UK





Foundation Programmes UNIKL

Kebanyakannya kursus kejuruteraan. Ada juga nanti boleh sambung untuk jadi jurutera kapalterbang.
link asal
Foundation Programmes Offered by Level of Study

JURUTERBANG PENUH CABARAN DAN BERISIKO



ADAKAH anda bercita-cita ingin memandu pesawat penumpang dalam usia yang muda?

Kerjaya sebagai juruterbang penuh cabaran serta berisiko.

Ramai anak muda menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar juruterbang.

Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru.

Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendalian amat berbeza.

Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau luar negara.

Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat.

Tugas para juru terbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan.

Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat serta maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan.

Sebelum itu, juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik.

Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalu lintas udara dari mula hingga akhir penerbangan.

Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian, penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing.

Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar negara.

Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan ini.

Daripada segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.


Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya

  1. Mempunyai keyakinan diri dan komitmen yang tinggi serta berani
  2. Boleh berkomunikasi dengan baik
  3. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
  4. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik
  5. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun
  6. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental
  7. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna)
  8. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci)
  9. Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama

Syarat mengikuti latihan

Anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.


Tempat mengikuti latihan

Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy manakala di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Australian, Filipina dan United Kingdom.


Syarat mengikuti latihan

Pelajar berminat perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.

Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur di atas dan memenuhi kelayakan yang diperlukan boleh memohon.

credit to - http://www.usm.my/education/kaunseling/tip.htm#6

5 Feb 2010

Peluang ke Jordan


Pengumuman: Berminat belajar di Jordan?Feb 4th, 2010by Hilal Asyraf Source:

Suasana di salah satu stesen bas di Irbid

Suasana di salah satu stesen bas di Irbid

Saya dah lama nak buat artikel ini. Artikel promosi tempat saya belajar untuk adik-adik lepasan SPM, yang masih tercari-cari arah haluan selepas peperiksaan besar mereka.

Jadi, sebelum saya mulakan promosi saya, saya hendak tekankan beberapa perkara penting.

Pertama: “Saya hanya promosi Irbid, Jordan. Universiti Yarmouk dan JUST sahaja. Sebarang pertanyaan berkenaan tempat lain, universiti lain, adalah tidak akan saya jawab”

Kedua: “Saya hanya mempromosi pengajian ijazah sahaja. Sebarang pertanyaan berkenaan pengajian master atau PhD tidak akan saya jawab”

Kenapa saya tak jawab? Kerana saya tiada ilmu berkenaannya. Saya tidak tahu bagaimana keadaan tempat lain, universiti lain. Saya juga tidak tahu bagaimana pengajian di tahap lain di sini. Tetapi saya amat pakar dengan tempat saya, universiti saya, dan peringkat pengajian saya.

Berminat belajar di Jordan?

Jom baca.

Tanah Syam yang diberkati

Kelebihan yang tidak dapat disangkal lagi untuk Jordan adalah, bumi ini merupakan bumi para Anbiya. Malah, inilah dia tanah Isra’ Rasulullah SAW. Allah SWT memberkati persekitarannya.

Allah SWT berfirman: “Maha suci Allah yang menggerakkan hamba-Nya daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang Kami berkati sekelilingnya untuk meneranginya dengan ayat-ayat Kami…” Surah Al-Israa’ ayat 1.

Kedudukan Jordan yang berada di tengah-tengah, antara Palestin, Mesir, Arab Saudi, Syria, Turki dan sebagainya membuatkan pelajar-pelajarnya mempunyai peluang mengembara yang tinggi dan mudah.

Pergi umrah hanya RM500 dan melaksanakan haji hanya sekitar RM2500 jika bergerak dari sini.

Tanah Jordan ini juga dipenuhi dengan makam para sahabat, tempat-tempat bersejarah seperti Petra, makam ashabul kahfi, medan peperangan Yarmouk, medan peperangan Mu’tah dan Laut Mati, tempat-tempat yang cantik seperti Wadi Ram, Wadi Mujib, Aqaba dan banyak lagi.

Keadaan di Jordan juga kondusif dan selesa.

Organisasi di dalam kehidupan pelajar Jordan.

Kehidupan pelajar melayu di Jordan merupakan kehidupan yang mempunyai kesatuan yang kuat, dan organisasi pelajar-pelajarnya selaras bergerak dalam keadaan yang sangat harmonis dan kemas.

Semua pelajar dinaungi oleh Kedutaan Malaysia, kemudian di bawah kedutaan wujud Malaysian Student Department(MSD) yang menguruskan keadaan pelajar di seluruh Jordan. Di bawah MSD, terdapat satu organisasi dari kalangan pelajar yang mengurus laraskan semua organisasi yang wujud di Jordan. Organisasi itu bernama MPPMJ(Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan)

Di bawah MPPMJ, terdapat empat persatuan zon mengikut daerah tempat tinggal pelajar melayu di Jordan, bersama persatuan-persatuan Badan Kebajikan Anak Negeri(BKAN) . Persatuan Zon(PZ) yang dikatakan adalah Persatuan Mahasiswa Irbid(PERMAI) yang terletak di Irbid, Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah(PERMATA) di Mu’tah, Persatuan Penuntut Malaysia Amman(PPMA) di Amman dan juga Persatuan Pelajar Malaysia Al-Bayt(PRISMA) di Mafraq.

Yang saya hendak cerita, adalah Irbid.

Keadaan kehidupan di dalam famili PERMAI yang saya kasihi.

Irbid, kampung halaman saya

Irbid sudah saya anggap lebih dari rumah saya di Malaysia. Hidup di sini pada saya bahagia dan menyenangkan. Semua pelajar melayu ibarat keluarga. Kesatuan kukuh dan utuh. Wujud perbezaan pendapat, tetapi didahulukan dengan keharmonian toleransi. Ini membuatkan suasana di sini sangat cantik.

Di Irbid, terdapat dua universiti yang akan dituju oleh pelajar-pelajar melayu. Itulah dia University of Yarmouk dan juga Jordan University of Science and Technology(JUST) . Kelebihan Irbid adalah, di sini pelajar melayunya bercampur antara pelajar agama(pelajar Yarmouk) dan pelajar akademik(pelajar JUST) yang akhirnya percampuran ini menghasilkan sinergi yang cantik, membuahkan nilai-nilai tambah yang tinggi pada pelajar.

Pelajar melayu di Irbid, ditadbir oleh PERMAI. Urusan iqamah, urusan tempat tinggal, urusan pendaftaran universiti, serta banyak lagi perkara-perkara yang memerlukan hubungan kepada universiti dan kerajaan Jordan, semuanya diuruskan oleh PERMAI.

Pelajar baru tidak perlu risau. Hanya perlu datang dengan persediaan hati, fizikal dan mental sahaja. Tidak perlu risau fasal rumah, tidak perlu pening fasal pendaftaran itu ini.

PERMAI tidak berhenti setakat urusan teknikal sahaja. PERMAI bertindak sebagai rumah dan ahli-ahlinya adalah keluarga yang menghidupkan rumah tersebut. Di dalam PERMAI, terdapat kelas-kelas tafaqquh untuk pengetahuan agama, terdapat kelas bahasa arab, terdapat juga sesi tazkirah yang dinamakan Intropeksi Iman, terdapat seminar-seminar yang menarik dan banyak lagi. Majlis-majlis seperti Hari Raya Aidil Fitri, AidilAdha, Maulidur Rasul, Ramadhan dan sebagainya turut disambut meriah oleh PERMAI untuk ahli-ahlinya. PERMAI menyediakan ruang, ahli-ahli PERMAIlah yang menghidupkan peluang-peluang ini.

Tempat tinggal antara pelajar melayu juga agak berdekatan antara satu sama lain. Jika berlaku kes-kes kecurian, kemalangan atau apa-apa sahaja, bantuan mudah dihulurkan. Ini jugalah yang membuatkan pelajar-pelajar melayu di Irbid sangat rapat dan saling kenal mengenali. Pelajar Yarmouk dan JUST, duduk di tempat yang sama. Malah ada yang berkongsi rumah.

Kedai-kedai di kawasan Irbid ini juga amat mesra dengan pelajar melayu. Pelajar melayu terkenal dengan akhlak yang baik, sopan santun yang tinggi dan peri pekerti yang menarik. Malah, pelajar-pelajar melayu sering sahaja menjadi bahan pujian pensyarah-pensyarah . Yang terbaru, di mimbar jumaat, khatib memuji Malaysia di khalayak ramai, menambah keeseganan masyarakat terhadap komuniti pelajar Malaysia di sini.

Kehidupan di Irbid sangat kondusif. Tempat tinggal pelajar melayu amat dekat dengan pekan. Kedai-kedai yang memenuhi keperluan pelajar, dari bahan dapur hinggalah alatan elektronik, ada di Irbid. Cuma bukan semuanya ada la. Kemajuan di Irbid, masih ketinggalan berbanding di Malaysia. Tetapi anda masih mampu menjumpai kedai komputer dan alat elektronik yang baik di sini.

Kedai-kedai kitab, kedai-kedai makan, kedai gunting rambut, kedai dobi, semuanya ada di Irbid.

Kos hidup di Irbid, kalau pandai berjimat cermat, maka RM500 sebulan sudah mencukupi untuk semuanya. Semuanya di sini maksud saya adalah: Sewa rumah, bil elektrik dan air, bahan dapur, keperluan universiti, kitab-kitab dan sebagainya.

Sistem pembelajaran dan kos pengajian di Universiti Yarmouk

University of Yarmouk, dari segi kedudukannya adalah sangat dekat dengan tempat tinggal komuniti melayu di Irbid. Hanya perlu berjalan 10 minit dari rumah.

Setakat ini, pelajar melayu yang datang ke Irbid akan menceburi lima bidang berikut.

1. Usul Fiqh

2. Usuluddin

3. Ekonomi Islam (perakaunan dan perdagangan)

4. Dirasat Islamiyah

5. Bahasa Arab

Jadi, anda tidak perlu risau untuk memilih kerana semua cabang ilmu ini mempunyai senior-senior yang ramai dan boleh memberikan tunjuk ajar.

Sistem pengajian di sini adalah, selepas anda selesai mendaftar, anda akan pergi mengambil ujian Markaz Bahasa. Sekiranya anda lepas, maka anda akan terus ke universiti. Sekiranya anda tidak lepas, anda akan dimasukkan ke dalam markaz bahasa. Tetapi, setakat ini, pelajar-pelajar yang lepas juga tetap mengambil Markaz Bahasa kerana ingin memantapkan penguasaan bahasa mereka, bagi memudahkan pengajian di Yarmouk.

Universiti Yarmouk tidak mengamalkan sistem tahun. Sistem yang digunakan adalah mengikut bilangan pelajaran. Saya ambil contoh Usuluddin. Cabang ilmu tersebut mempunyai 44 mata pelajaran. Anda hanya akan menyelesaikan pengajian anda dengan menyelesaikan 44 mata pelajaran tersebut. Tidak kira berapa tahun.

Di Yarmouk, anda boleh memilih mata pelajaran apa yang ingin diambil pada setiap sem berdasarkan pilihan yang telah disediakan oleh universiti mengikut cabang ilmu anda. Seterusnya anda boleh memilih pensyarah yang mengajar, juga berdasarkan pilihan yang telah disediakan oleh universiti mengikut pelajaran itu. Seterusnya, anda boleh memilih masa pelajaran anda, juga mengikut pilihan yang telah diberikan oleh Universiti.

Seorang pelajar boleh mengambil paling banyak 6 mata pelajaran satu semester. Jika markahnya baik, maka universiti akan membenarkannya mengambil 7-8 mata pelajaran satu semester. Tetapi, kebanyakan pelajar melayu mengambil 6 mata pelajaran satu semester.

Terdapat 3 semester untuk Universiti Yarmouk. Semester 1(bulan 9-bulan 1), semester 2(bulan 2-bulan 6) dan semester musim panas(bulan 6-bulan 8). Bagi Universiti Yarmouk, semester musim panas ini adalah pilihan. Sesiapa yang tidak mengambilnya, boleh bercuti.

Paling cepat biasanya bagi seorang pelajar menamatkan pengajian di Yarmouk adalah 3 tahun 3 bulan. Sekiranya dia tidak mengambil markaz bahasa, maka akan menjadi 3 tahun sahaja.

Kos pengajian di Yarmouk adalah seperti berikut:

Yuran kemasukan: RM300(Hanya dibayar semasa semester pertama tahun 1)

Markaz Bahasa: RM800(hanya dibayar semasa semester pertama tahun 1)

Yuran setiap semester: RM210

Yuran setiap satu pelajaran: RM288

Katalah seorang pelajar itu mengambil 6 mata pelajaran satu semester. Maka bayaranya adalah seperti berikut:

RM210(yuran sem)+RM288(yuran pelajaran)X6( bilangan pelajaran yang diambil)= RM1983

Itu untuk satu semester.

Sistem Pembelajaran, dan kos pengajian di JUST

Tempat letak JUST adalah sedikit jauh daripada Irbid. Pelajar-pelajarnya perlu menaiki bas ke universiti. Tetapi itu sudah menjadi rutin yang tidak berat kepada pelajar-pelajar JUST dari kalangan komuniti melayu di Irbid.

Bidang pengajian yang diceburi oleh pelajar melayu di JUST adalah seperti berikut:

1. Perubatan.

2. Pergigian.

3. Fizik(Nik Nur Madihah seorang yang ambil)

Pelajar-pelajar melayu di JUST juga sangat ramai dari kalangan bidang Perubatan dan Pergigian. Jadi, bagi pelajar-pelajar baru, jangan risau sebab anda mempunyai senpai-senpai yang berbakat untuk memberikan tunjuk ajar.

Sistem pengajian di JUST menggunakan sistem tahun. Perubatan 6 tahun, Pergigian 5 tahun, manakala Fizik tidak saya ketahui(nanti ada peluang, saya tanya Madihah). Pelajar Perubatan dan Pelajar Pergigian akan memasuki tahun praktikal pada tahun 4.

Berbeza dengan Yarmouk, JUST tidak memberikan kebebasan untuk pelajar-pelajarnya memilih pelajaran apa yang ingin diambil. Yang dibenarkan untuk dipilih adalah waktu pembelajaran sahaja. Biasanya, setiap pelajar perlu mengambil 18 jam kredit setiap minggu.

Perlu diingatkan, bagi pelajar JUST. Jika anda fail, walaupun satu mata pelajaran, maka anda akan perlu mengulang seluruh tahun. Bagi pelajar tajaan, sesiapa yang fail melebihi dua kali, maka akan ditarik semula tajaan mereka.

Kos pengajian di JUST sangat-sangatlah mahal. Itu menyebabkan majoriti pelajar di JUST adalah tajaan daripada JPA, MARA, Menteri Pertahanan dan Bank Negara(Nik Madihah seorang). Terdapat juga pelajar persendirian, tetapi biasanya mereka adalah dari kalangan keluarga yang berada.

Kos pengajian di JUST adalah seperti berikut:

1 jam kredit = RM1200

Jika satu semester, perlu ambil 18 jam kredit:

18XRM1200= RM21600 untuk satu semester.

Mahal kan?

Dan perlu diperingatkan kepada sesiapa yang memohon mengambil Perubatan dan Pergigian di bawah tajaan JPA dan MARA, anda belum tentu lagi akan dihantar ke Jordan. Ada kemungkinan anda akan dihantar ke Mesir juga.

Biasasiswa?

Bila tengok kos ni, mesti ada yang tertanya-tanya fasal biasiswa.

Saya mulakan dengan pelajar Yarmouk.

Berita baik bagi anak-anak negeri Terengganu dan Selangor. Anda memang boleh memohon bantuan daripada Yayasan Terengganu dan Jabatan Agama Islam Selangor. Untuk anak negeri Penang pula, selepas setahun anda boleh membuat permohonan kepada Badan Zakat Negeri Penang. Bagi pelajar dari Johor, permintaan bantuan anda hanya akan dilayan pada tahun 3(serupa tak payah minta).

Bagi anak jati negeri Pahang, anda juga mempunyai peluang bantuan daripada negeri anda. Lebih-lebih lagi jika anda memasuki IKIP sebelum ke sini dalam bidang ekonomi Islam.

Negeri-negeri lain seperti Kelantan, Melaka, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Sabah dan Sarawak, tidak saya ketahui. Maaf. Anda boleh bergerak sendiri bertanyakan negeri-negeri anda.

Bagi pelajar yang mengambil Ekonomi Islam, anda boleh meminta tajaan daripaada JPA dan MARA. JPA dan MARA baru sahaja membuka peluang ini pada tahun lepas.

Baik, itu untuk pelajar Yarmouk.

Bagi pelajar JUST, sememangnya anda hendak atau tidak, biasiswa adalah amat penting. Anda boleh memohon tajaan JPA dan MARA. Boleh mencuba dan berusaha dengan bergelut dalam pemilihan untuk mendapat tajaan JPA dan MARA.

Jika anda pelajar daripada RMC(Royal Military College), anda boleh berusaha memohon tajaan Kementerian Pertahanan.

Anda juga boleh berusaha mendapatkan 21A seperti Nik Nur Madihah(atau lebih) dan kemudian memohon biasiswa dari Bank Negara.

Penutup: Silakan ke mari

Jika anda memilih ke mari, dan Allah izinkan anda menjejakkan kaki menyambung pengajian di sini, saya akan menyambut anda dengan tangan yang terbuka.

Untuk ke sini, anda boleh mencari borang KPT ke Jordan yang disediakan di internet. Saya ada yang 2009 punya di bahagian BAHAN website saya. Untuk 2010, belum dikeluarkan lagi.

Suka diingatkan agar persediaan dilakukan dengan secukupnya. Persediaan dari wang itu satu, tetapi pada saya persediaan hati untuk melakukan perubahan, untuk bertoleransi, untuk sayang menyayangi antara saudara, itu adalah yang paling penting.

Saya sangat sayang pada PERMAI dan ahli-ahlinya. Suasananya yang cantik pada saya sangat mahal dan sukar dijumpai di mana-mana.

Sebarang pertanyaan berkenaan apa yang telah saya utarakan ini, boleh diajukan di ruang komen.

Semoga Allah mempermudahkan urusan anda semua.

31 Dis 2009

Tiada halangan hanya peluang

BIASISWA/PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH

Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dengan sukacitanya mempelawa pemohon-pemohon yang berkelayakan daripada Anak Negeri Terengganu Darul Iman untuk mendapatkan pinjaman bagi mengikuti pengajian di pusat-pusat pengajian berikut:-

iv. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Jordan Dan Maghribi.

a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat 5 Kepujian iaitu mendapat A 2 dalam matapelajaran Bahasa Arab Tinggi / Komunikasi dan sekurang-kurangnya Pangkat B dalam matapelajaran berikut:-

i. Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah

ii. Pendidikan Syariah Islamiah DAN

iii. Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu

30 Dis 2009

PELUANG KITER

Salam sejahtera kawan2 semua. Siapa kata kita kelas 8 tiada peluang . Tengok lah dibawah ini senarai peluang kiter. Jom berusaha untuk merebut peluang ini.

Syarat-Syarat Umum
a) Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Melayu/Bumiputera);
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010;
c) Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga (3) matapelajaran berikut:
i) Bahasa Melayu;
ii) Sejarah; dan
iii) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral dan;
d) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

19) Perakaunan Negara: Australia & United Kingdom
JPA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam lima (5) matapelajaran berikut:
a) Prinsip Perakaunan
b) Matematik
c) Matematik Tambahan / Sains / Sains Tambahan
d) Bahasa Inggeris
e) Fizik / Ekonomi Asas / Perdagangan / Pengajian Keusahawanan
20) Perakaunan Negara: Australia & New Zealand
MARA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam lima (5) matapelajaran berikut:
a) Prinsip Perakaunan
b) Matematik
c) Matematik Tambahan / Sains / Sains Tambahan
d) Bahasa Inggeris
e) Fizik / Ekonomi Asas / Perdagangan / Pengajian Keusahawanan

29) Ekonomi Islam / Perbankan Islam / Kewangan Islam Negara: Jordan & Mesir
JPA / MARA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga (3) matapelajaran berikut :
a) Matematik / Matematik Tambahan
b) Prinsip Perakaunan
c) Ekonomi Asas / Perdagangan / Pengajian Keusahawanan
dan mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam salah satu matapelajaran berikut :
d) Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Arab Tinggi

30) Sastera Ikhtisas (Contoh : Pengurusan, Pentadbiran Awam, Kuantitatif, Sains Perpustakaan & Sains Maklumat)Negara: Amerika Syarikat, Jordan, Kanada, Mesir & United Kingdom
JPA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam dua (2) matapelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris
b) Matematik / Matematik Tambahan
dan mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam mana-mana tiga (3) matapelajaran.

31) Sastera Ikhtisas (Contoh : Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan) Negara: Amerika Syarikat
MARA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga (3) matapelajaran berikut :
a) Matematik
b) Matematik Tambahan / Sains / Sains Tambahan
c) Bahasa Inggeris
dan mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam dua (2) daripada mana-mana matapelajaran berikut :
d) Ekonomi Asas / Fizik / Kimia / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Pengajian Keusahawanan / Geografi / EST / Teknologi Maklumat

32) Pentadbiran Perniagaan Negara: Amerika Syarikat & United Kingdom
JPA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga (3) matapelajaran berikut :
a) Matematik Tambahan / Sains / Sains Tambahan
b) Bahasa Inggeris
c) Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Pengajian Keusahawanan
dan mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam dua (2) daripada mana-mana matapelajaran berikut :
d) Matematik / Ekonomi Asas / Fizik / Kimia / EST / Geografi / Teknologi Maklumat

38) Sastera Ikhtisas Negara: Malaysia di Universiti Penyelidikan (Research Universities) - Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).
JPA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam dua matapelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris
b) Matematik / Matematik Tambahan
dan mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam mana-mana tiga (3) matapelajar



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark