13 Feb 2012

Skim Pinjaman Yuran Pengajian Di Luar Negara Sesi 1/2012 Kelolaan JPA

Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara Sesi 1/2012 Kelolaan Jabatan Perkhidmatan Awam
Tarikh Permohonan Dibuka :01 Februari 2012.
Tarikh Tutup Permohonan :29 Februari 2012.
Tajaan :Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Kategori :Warganegara Malaysia Sahaja
Syarat-syarat:Sila rujuk Garis Panduan Skim Pinjaman Yuran Pengajian di Luar Negara Sesi 1/2012
Borang:Borang Permohonan Online
Dokumen Permohonan/ Rujukan :
  1. Garis Panduan
  2. Borang Pengesahan Pendapatan
Alamat Surat- Menyurat
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Aras 5, Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 PUTRAJAYA.
(u.p: Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan)
Semua pertanyaan atau kemusykilan dalam urusan ini, sila hubungi:
Unit Penawaran Latihan Sebelum Perkhidmatan
Telefon : 03-8885 3436/ 3562
Faks : 03-8889 2640
Emel : penawaranlsp@jpa.gov.my

10 Feb 2012

Pinjaman mara untuk 2012

Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA bagi peringkat Diploma dan Ijazah boleh dibuat secara on-line.
Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Februari 2012. 

 Klik Disini >> 
Tarikh Paparan: 25 Januari 2012

19 Nov 2011


Assalamualaikum.

Terengganu nafi bocor soalan Oleh Mohd Feroz Abu Bakar feroz@bharian.com.my 2011/11/19
Sangkal dakwaan ekoran 11 tahun keputusan UPSR cemerlang KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menafikan sekeras-kerasnya khabar angin mendakwa pentadbiran negeri terdesak untuk mengekalkan kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama 11 tahun berturut-turut hingga menyalurkan soalan bocor kepada calon.
EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman (kanan), berkata tuduhan berkenaan tidak berasas dan bersifat mempertikai integriti pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta warga pendidik di Terengganu.
Beliau mempersoalkan jika benar dakwaan itu, mengapa Kementerian Pelajaran tidak mengadakan peperiksaan ulangan. “Pencapaian cemerlang calon UPSR di Terengganu sejak 11 tahun lalu hasil kerja keras murid, guru dan pegawai Jabatan Pelajaran peringkat negeri serta daerah. Sejak 2000, kerajaan negeri mengadakan kelas tambahan untuk calon dan memberi insentif kepada guru yang mengajar murid Tahun Enam. “Bermula 2009 pula, kita membekalkan e-book atau komputer riba mini kepada setiap murid Tahun Empat yang mengandungi sukatan pelajaran serta lebih 40,000 soalan latih tubi UPSR,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini semalam. Pengumuman keputusan UPSR 2011 kelmarin menyaksikan 3,548 daripada 22,801 calon di Terengganu mendapat semua A, iaitu pencapaian terbaik di seluruh negara untuk 11 tahun berturut-turut. Ahmad Razif berkata, selain dana Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sendiri kira-kira RM25 juta setahun membekalkan e-book kepada murid, tidak termasuk RM8 juta untuk memberi komputer riba kepada 3,000 guru mengajar murid Tahun Enam dan 800 guru Angkatan Kerja Rajin Mulia (AKRAM) sejak tiga tahun lalu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark