29 Apr 2010

Kemas klazz

Alhamdulillah,Akhirnya geng2 5 ibnu amir siap menghias klass kami.....bln lps klass kami dapat no.4 dalam pertandingan kebersihan meskipun klass kami tidak dicat.........


Thanx to semua bdk2 yg terlibat scr langsung atau tdk langsung dalam menghias klass.korang sume mmg sporting abis.Klass paling happy makhluknya.huhuhu.

P/s:hiasan pintu diletakkan skali laman blog nie.so,kpd pelawat welcome n kpd geng 5 ibnu amir,mnta password dgn org2 yg tahu n update2 lah jugak blog kita nie.kalau sapa2 ada gambo waktu jamuan n bile2 jelah sila2lah ltk.jgn malu2.....

Wallahualam.

26 Apr 2010

Ikhtilat







Mari kita lihat apa itu ikhtilat dan semoga Allah memberi kita kekuatan untuk
menghindarinya.
Ikhtilat





laman web untuk kutip nota sejarah. selamat berjaya.



Apa itu belanjawan tunai?

Belanjawan tunai merupakan satu jadual yang menunjukkan anggaran tunai masuk dan tunai keluar bagi sesuatu tempoh.

Kepentingan belanjawan tunai:

a) memberi maklumat tentang penerimaan tunai, pembayaran tunai dan bakinya bagi satu tempoh tertentu

b) menunjukkan keupayaan tunai sesebuah perniagaan sama ada mampu membayar hutangnya atau tidak

c) membantu perniagaan merancang pendapatan dan perbelanjaannya

d) membantu perniagaan mengawal penggunaan wang dan membelanja wang mengikut keutamaan

e) membolehkan perniagaan membandingkan pendapatan dan perbelanjaan sebenar dengan anggaran yang telah dibuat

f) sebagai panduan kepada pihak bank untuk meluluskan permohonan pinjaman sesebuah perniagaan

Cara menyediakan belanjawan tunai yang mudah

Belanjawan tunai disediakan dengan format berlajur seperti di bawah:

Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2006

Butir

Jan

Feb

Mac

RM

RM

RM

Baki awal

Penerimaan

Jumlah(a)

Pembayaran

Jumlah(b)

Baki akhir

Panduan Penyediaan

a) Mulakan dengan baki awal wang tunai(jika ada)

b) Catatkan semua anggaran tunai pada setiap bulan.Campurkan baki awal tunai dengan semua anggaran tunai pada sesuatu bulan untuk mendapatkan jumlah(a)

c) Catatkan semua anggaran pembayaran tunai pada setiap bulan.Jumlahkan anggaran pembayaran untuk mendapatkan (b)

d) Tolakkan (a) dengan (b) untuk mendapatkan baki akhir tunai pada sesuatu bulan.

Tips Penting

a) Baki akhir bulan Januari akan menjadi baki awal bulan Februari dan seterusnya.

b) Butir-butir seperti susut nilai aset bukan semasa, hutang lapuk, peruntukan hutang ragu, belian kredit dan jualan kredit tidak direkodkan ke dalam belanjawan tunai.

Credit-http://zantasir.tripod.com

25 Apr 2010





Salam sejahtera.
Selain berusha mentelaah pelajaran , kita juga kene mintak tolong dengan Allah swt.
Oleh itu rajin-rajin lah mengamalkan doa dibawah ini.














Terima kasih kepada :http://www.khskpt.com/index.php

penyata-penyesuaian-bank/ Akaun






1 Apr 2010

blog yg bersawang

MasyaAllah,lama sungguh x update blog nie.Harap maaf oleh kerana kekangan masa warga geng ibnu amir @ warga kg.tualang (pggilan tc.mahsuri.) tidak dapat lg update blog nie skrg.......Harap maaf.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark