24 Ogo 2010

Tipu Diri Sendiri

Saifulislam.Com - http://saifulislam.com -

Tipu Diri Sendiri
Posted By Abu Saif On 19/06/2008 @ 3:46 pm In Kampus



“Uih, panasnya!”, keluh Amin setibanya di rumah.

Jam menunjukkan pukul 6 petang. Lewat benar Amin tiba di rumah. Maklum sahaja, jalan raya petang-petang Ramadhan ini memang sibuk. Mengharungi lautan kereta memang menjemukan, tambahan pula di bulan puasa ini.

“Baik aku mandi dulu. Bagi segar sikit badan”, monolog Amin.

Sementara menanti waktu berbuka, anak muda ini masuk ke bilik air untuk menyegarkan tubuhnya yang lesu dan kepanasan.

“Arghhh… sedapnya”, Amin begitu menikmati siraman shower mandian beliau.

Tiba-tiba, gulp!

Air dari shower termasuk ke dalam mulut Amin. Air yang sejuk dan enak itu. Sudah berada di dalam mulutnya, di pinggir tekak yang kering, derita dan lesu dek bahang mentari Ramadhan.

TELAN ATAU LUAH

Kalaulah anda menjadi Amin, apakah anda akan menelan air itu?

Air itu bukan di dalam gelas, tetapi entah bagaimana, ia sudah berada di dalam mulut.

“Rezekikah ini?”, tanya Amin kepada dirinya.

“Masakan bukan rezeki, kalau sudah duduk di dalam mulut!”, sambungnya lagi.

Tetapi Amin teringat, bahawa rezeki bukan hanya soal rezeki. Dalam hidup ini, apa yang dicari adalah REZEKI yang HALAL. Rezeki itu keperluan… bahagian untuk diri. Halal itu tujuan… hak Allah sebagai matlamat ibadah kita.

Amin tidak menelan air yang sudah separuh jalan menjadi rezekinya itu kerana air itu tidak halal. Amin berpuasa. Memang tiada siapa yang nampak kalau Amin menelannya sahaja. Tetapi Allah nampak. Jika Amin menipu, dia sebenarnya menipu Allah dan memperbodohkan dirinya sendiri!


“Setiap amalan anak Adam itu adalah untuk dirinya kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah khusus untukKu dan Akulah yang menetapkan ganjarannya semahuKu” [Hadith al-Bukhari ]

Di dalam puasa, Amin dan anda tidak tergamak untuk menelan air itu.

DI BILIK PEPERIKSAAN



Bagaimana jika di bilik peperiksaan?

Ditakdirkan, anda duduk di belakang pelajar terbaik. Soalan yang anda terima amat sukar untuk dijawab. Buntu fikiran mencari jawapannya. Tiba-tiba kertas jawapan pelajar terbaik itu terjuntai keluar dan terhidang di depan mata anda.

Apakah anda mahu menjamah ‘rezeki’ itu?

“Err, bukan aku cari, tapi dia datang!”, bijak hati berkata-kata mencari alasan.

Jika di dalam puasa, Amin dan anda tidak tergamak menjamah rezeki yang bukan hak diri, mengapa pula di bilik peperiksaan sikapnya berbeza? Mengapa jika ditelan air itu terasa bodoh, tetapi jika ditiru jawapan pelajar terbaik itu, boleh terasa pandai pula?

Bahkan apabila masuk ke alam pekerjaan, mengapa kita hilang sensitiviti terhadap rezeki? Puasa tak sanggup tipu Tuhan, tapi kalau hasil kerja, biasalah!

Inilah penyakit kita. Penyakit ‘kumpulan pemisah’ yang memisahkan antara solat dan puasa dengan peperiksaan dan kerja. Antara bilik darjah dan masjid rumah Allah. Seolah-olah selesai solat subuh semasa melipat sejadah kita berkata, “Ok Allah, jumpa lagi zohor nanti ya!”. Terlipat sejadah, selesai hubungan dengan Allah SWT.

Ia adalah cabang paradigma sekularisma.

Kelakuan seperti ini sudah menjadi suatu kebiasaan sehingga ia semacam sudah tidak relevan untuk disebut. Bahkan yang sanggup bersusah payah kerana enggan meniru itu pula yang dianggap ganjil dan tidak normal.

Meniru sudah jadi kebiasaan sehingga ia melekat sebagai tabiat kepada sesiapa sahaja. Yang beragama, yang biasa-biasa, pelajar bidang agama atau apa sahaja, meniru sudah secara senyapnya diterima.

MENIRU DALAM PEPERIKSAAN

Inilah yang sering saya pesankan setiap kali berprogram bersama pelajar sekolah atau universiti. Meniru di dalam peperiksaan harus dihindarkan.

Saya tidak berhajat untuk menjustifikasikan perbuatan itu dari segi hukum syara’ kerana segalanya jelas. Mengambil manfaat dari usaha orang lain itu adalah kebatilan yang dicegah Islam di dalam konteks muamalah kita sesama manusia.

“Barangsiapa yang tidak berlaku jujur (meniru) maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami” [Hadith riwayat Al-Bukhari]

Tetapi apa yang saya mahu, adalah untuk mengingatkan para pelajar supaya menyimpan maruah dan harga diri mereka.

Save your dignity!

Orang yang biasa meniru di dalam peperiksaan ini rendah harga dirinya. Dan kerendahan harga dirinya itu bakal memberikan implikasi yang pedih di masa hadapan.

Apabila saya menjadi bapa, saya mahukan laporan dan keputusan peperiksaan anak saya itu telus. Biar keputusan itu bodoh rupanya, supaya kebodohan itu boleh diajar. Tetapi saya tidak sanggup membayangkan anak saya memberikan keputusan peperiksaan yang palsu supaya dia kelihatan pandai, kerana hakikatnya dia memperbodohkan saya.

TIDAK PERNAH MENIRU

Syukur Alhamdulillah… semenjak hari pertama saya menjejakkan kaki ke bangku sekolah hinggalah ke hari ini, saya TIDAK PERNAH meniru di dalam peperiksaan. Tidak pernah walaupun sekali.

Keputusan peperiksaan saya ada pasang surutnya. Kerana tidak meniru, ada masanya saya mengalami kemunduran. Tetapi kemunduran itu menghasilkan pengajaran dan ia menyumbang kepada pembaikan di masa depan. Failing Forward kata John C. Maxwell.

Hari ini, saya boleh mengajar anak-anak saya dan anak orang lain, tentang peri pentingnya berlaku jujur kepada diri sendiri dan menjauhkan diri dari perbuatan meniru… tanpa ada rasa terkilan atau malu. Saya tidak perlu menyembunyikan dalam diri perasaan khianat kerana bercakap apa yang saya tidak buat.

Sesungguhnya seorang lelaki hanya mampu berdiri dengan harga diri. Biar miskin harta, jangan miskin jiwa.

Meniru dan menipu diri sendiri, adalah salah satu cara untuk menghina diri.

Pilihlah mana yang berkenan di hati.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
56000 Kuala Lumpur

23 Ogo 2010

Panduan kerjaya





Kerjaya mana sesuai untuk saya -DISINI

Berminat jadi guru





Laluan Perguruan
KURSUS PRAPERKHIDMATAN

Kursus praperkhidmatan merupakan program yang menyediakan latihan untuk guru-guru praperkhidmatan sekolah rendah dan menengah. Program ini dijalankan di institut-institut pendidikan guru seluruh Malaysia. Kelayakan asas dan tempoh pengajian ditentukan mengikut kursus yang ditawarkan. Di antara kursus yang ditawarkan ialah:


ii. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah, kecuali bidang Pengajian Bahasa Inggeris (TESL) ditawarkan bagi keperluan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut :

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Bahasa Cina
Bahasa Tamil
Bahasa Arab
Sains
Matematik
Pengajian Sosial
Pendidikan Islam
Pendidikan Seni Visual
Pendidikan Jasmani
Reka Bentuk dan Teknologi
Pendidikan Prasekolah
Pendidikan Muzik
Pemulihan
Bimbingan
Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran/ Pendengaran/ Penglihatan)

iii. Program Kembar Praperkhidmatan B.Ed. (TESL) antara Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dengan Institusi-institusi Dalam dan Luar Negara :
Kursus ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris dan dianugerahkan Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua.

iv. Program Kembar Bahasa Perancis atau Bachelor of Arts Degree in Sciences of Languages and Information Specializing in Teaching French As A Foreign Language
Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa Perancis di sekolah. Kursus ini menggunakan kurikulum yang telah dipersetujui bersama dengan University of Poitiers, Perancis.

v. Program Kembar Bahasa Jerman atau Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan
Kursus yang menganugerahkan Ijazah Sarjana Muda Linguistik ini ditawarkan kepada pemohon lepasan SPM yang berkelayakan dan berminat untuk mengajar matapelajaran Bahasa Jerman di sekolah.

vi. Program Penghantaran Pelajar-Pelajar Cemerlang ke Luar Negara:
Program latihan perguruan ini ditawarkan kepada calon lepasan SPM yang mencapai keputusan cemerlang dalam SPM dan berminat untuk mangajar dalam matapelajaran mengikut bidang kursus yang ditawarkan. Struktur pengajian adalah selama 6 Tahun iaitu 1 ½ - 2 tahun dalam Kursus Persediaan, 3 tahun dalam Ijazah Pertama di universiti luar negara dan 1 tahun Kursus Perguruan Lepasan Ijazah di Institut Pendidikan Guru. Kursus yang ditawarkan dalam program ini adalah seperti berikut;
§ Bachelor of Science (Honours) – Physics
§ Bachelor of Science (Honours) – Mathematics
§ Bachelor of Science (Honours) – Biology
§ Bachelor of Science (Honours) – Chemistry
§ Bachelor of Science (Honours) – Clinical Speech Therapy
§ Bachelor of Science (Honours) – Occupational Health Therapy
§ Bachelor of Science (Honours) – Audiology
§ Bachelor of Science (Honours) – Clinical Psychology


SYARAT DAN KELAYAKAN KURSU-KURSUS PERGURUAN LEPASAN SPM
Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat dan kelayakan asas seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia.
b) Umur tidak melebihi 20 tahun iaitu lahir selepas 1 Julai pada masa iklan dikeluarkan.
c) Mempunyai kelayakan akademik dengan mendapat sekurang-kurangnya
enam kepujian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk mata pelajaran berikut :
· Bahasa Melayu
· Bahasa Inggeris
· Sejarah
· Matematik atau Matematik Tambahan
· Biologi atau Fizik atau Kimia atau
Pengajian Kejuruteraan Mekanikal atau Pengajian Kejuruteraan Awam atau Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan atau Lukisan Kejuruteraan atau Sains atau Sains Tambahan; dan
· Satu mata pelajaran yang lain
d) Memenuhi syarat dan kelayakan khusus bidang pengajian yang dipohon (Rujuk e-Panduan Permohonan).


e) Bagi mengikuti Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara (PPC), calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya, 7A termasuk mata pelajaran pada para 1.3.1, 1.3.2, 1.3.3, 1.3.4, 1.3.5 dan dua mata pelajaran lain di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia. Calon yang mencapai gred 3B atau lebih baik dalam matapelajaran Bahasa Inggeris GCE O Level di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau mencapai sekurang-kurangnya Band 5 dalam Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.

f) Program Kembar Bahasa Peranchis ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis Bahasa Perancis serta memiliki sijil kelayakan Bahasa Peranchis sekurang-kurangnya Delf 1. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 4 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan bagi mengikuti Program Kembar Bahasa Perancis selama 6-7 semester di Perancis. Pada tahun empat (4) calon akan menyambung berkursus di IPGM.

g) Program Kembar Bahasa Jerman ini terbuka kepada calon yang mempunyai pengetahuan asas bertutur dan menulis dalam Bahasa Jerman. Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama dua tahun di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon yang lulus kedua-dua Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan mengikuti Program Kembar Bahasa Jerman di universiti tempatan selama 6 semester (Tahun 1, 2 dan 3) dan di IPGM selama 2 semester (Tahun 4).

h) Untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama 3 semester di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai prasyarat. Hanya calon yang lulus Kursus Persediaan dengan jayanya akan ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama 8 semester di IPGM/ IPTA. Calon yang menamatkan program ini dengan jayanya akan dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian/ B. Ed. (TESL).

i) Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.

j) Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dalam temu duga dan juga keputusan ujian sahsiah. Keutamaan akan diberi kepada calon yang aktif di dalam aktiviti kokurikulum.

k) Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawar program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) atau di mana-mana universiti yang ditetapkan.

l) Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPGM/ Kolej yang ditetapkan.Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temu duga adalah tanggungan calon sendiri.Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPGM/ Kolej yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri pada hari pendaftaran.


CARA MEMOHON

i. Calon dikehendaki merujuk e-Panduan Permohonan terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia di alamat URL seperti berikut:http://www.moe.gov.my/
mohonan boleh dibuat secara Aplikasi Dalam Talian (on-line) sahaja.

ii. Permohonan Dalam Talian hanya boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh negara dengan bayaran sebanyak RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja). Calon atau wakilnya hendaklah membawa bersama kad pengenalan atau salinan kad pengenalan calon untuk membeli nombor PIN ini.

iii. Calon dibenarkan mengemukakan satu permohonan sahaja.

iv. Calon diminta mengisi DUA pilihan kursus sahaja mengikut keutamaan daripada mana-mana senarai kursus yang ditawarkan.

v. Gunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.



vi. Maklumat yang tidak lengkap, boleh mengakibatkan permohonan ditolak.



vii. Calon yang dipanggil menduduki MTeST dikehendaki mencetak Tiket Panggilan Ujian daripada internet dan dibawa bersama semasa ujian.



viii. Calon yang layak dipanggil temu duga dikehendaki mencetak Surat Panggilan Temu Duga, Lembaran Pernyataan Hasrat, dan Borang Butiran Diri daripada internet. Borang Butiran Diri dan Lembaran Pernyataan Hasrat yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah dibawa bersama-sama dengan dokumen-dokumen lain pada hari temu duga. Bahagian Pendidikan Guru tidak akan mengeluarkan makluman secara bersurat kepada calon.



ix. Calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Malaysia atau badan berkanun dikehendaki membawa surat pengesahan Ketua Jabatan semasa temu duga.

IKATAN PERJANJIAN PENDIDIKAN GURU

Calon yang ditawarkan mengikuti kursus di Institut Pendidikan Guru Malaysia adalah tertakluk kepada ikatan Perjanjian Pendidikan Guru seperti yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Calon hendaklah bersetuju dan patuh dengan kontrak perjanjian untuk berkhidmat di mana-mana sekolah atau institusi pendidikan termasuk di kawasan pedalaman seperti yang diarahkan oleh pihak kerajaan setelah tamat berkursus.

laman asal

18 Ogo 2010

Bantuan zakat MAIDAM




Untuk makluman sesiapa yang berhajat- maklumat lanjut sila kesini
Posted by Picasa

Selamat menjalani Trial Exam.


Semalam semua student SHAMS menjalani trial exam. Selamat berjaya semua terutama
rakan sekelas......






10 Ogo 2010

Berita baik!!!



Peluang Seribu Pelajar Miskin Ke UiTM, Chendering


Oleh : AIDA ABD RAHMAN

Kerajaan negeri dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan menempatkan kira-kira 1,000 pelajar Terengganu yang miskin dan kurang cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 mengikuti program Pra Sains dan Pra Perdagangan di Kampus UiTM, Chendering bermula Disember ini.

Pelajar lepasan SPM yang kurang yakin mampu memperolehi keputusan yang baik dan berjaya menempatkan diri ke mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam akan ditawarkan mengikuti program tajaan UiTM dan Yayasan Terengganu itu dalam tempoh enam bulan hingga setahun sebelum berpeluang menyambung pengajian dalam bidang tertentu berdasarkan prestasi ketika mengikuti program berkenaan.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said, berkata kerajaan negeri sentiasa merangka usaha bagi memastikan anak Terengganu yang miskin dan tidak begitu cemerlang dalam SPM meneruskan pelajaran di peringkat lebih tinggi.
Katanya, kerajaan negeri juga sedang merangka satu program khusus berbentuk kemahiran kepada pelajar lepasan SPM yang tidak cemerlang menerusi mekanisma yang akan diumumkan tidak lama lagi.
Selain itu, sebagai mengiktiraf peranan guru yang menjadi tulang belakang kejayaan pelajar Terengganu, kerajaan negeri membelanjakan RM2.4 juta bagi menyediakan cendera hati berbentuk `pendrive’ kepada kira-kira 22,000 guru sekolah rendah dan menengah seluruh Terengganu.
“Suatu pengiktirafan kerajaan negeri kepada guru-guru yang telah menaikkan imej Kerajaan Terengganu sebagai `negeri anjung ilmu’. Saya berjanji kepada semua guru-guru, sekiranya Terengganu muncul juara dalam kempat- empat kategori UPSR, PMR , SPM dan STPM saya akan turun ke daerah-daerah untuk berjumpa dengan 22 ribu orang guru seluruh Terengganu.
“Semasa itu saya tidak janjikan apa-apa , tetapi selepas memikirkan kejayaan kita ini, peranan guru begitu besar dan menunjukkan hala tuju modal insan, kerajaan negeri memikirkan apa cenderahati paling sesuai yang boleh digunakan dan kita sediakan dalam reka bentuk khas,” kata beliau selepas menyampaikan cenderehati kepada guru seluruh Marang, di Kantin Akademi Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang, kelmarin (7 Ogos).
Menteri Besar menemui 1,966 guru bagi menyampaikan cenderahati berkenaan dan merupakan pertemuan kedua selepas menemui lebih 3,000 guru di majlis yang sama di Kemaman.
Dato' Seri Ahmad berkata, cenderahati itu sebagai kesinambungan kepada usaha memastikan Terengganu bukan sahaja muncul sebagai `negeri anjung ilmu’, bahkan menjadikan program `201052’ sebagai sasaran pencapaian empat peperiksaan utama tahun depan itu menjadi kenyataan.
“Kita hendak pastikan kita terus berjaya dan semua pihak terlibat kita perlu motivasikan mereka. Pelajar sudah ada motivasi termasuk pengiktirafan yang mendapat 5A mendapat hadiah, memasukkan nama pelajar yang berjaya dalam akhbar dan sebahagian terpilih ke asrama penuh dan sekolah elit, begitu juga pengiktirafan kepada guru besar yang dapat membuat lompatan saujana di mana kita akan hantar mereka menyertai lawatan sambil belajar ke luar negara,” katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan menghantar 50 guru besar dari sekolah yang menunjukkan prestasi terbaik dan berjaya melakukan lompatan saujana untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke Melbourne, Australia bagi melihat sistem pembelajaran yang mampu memberi motivasi untuk memastikan kecemerlangan pendidikan dapat terus dipertahankan.
Unit Komunikasi Negeri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark