8 Jun 2010

Kisah helang






Pada suatu waktu seorang peladang telah terjumpa sebiji telor burung helang. Dia pun mengeramkan telur tersebut dengan ayam betinanya.
Apabila menetas helang tersebut hidup sebagaimana anak-anak ayam tersebut.Ia belajar
mengais tanah untuk mendapatkan cacing dan berkokok sebagaimana ayam. Dia juga terbang rendah seperti apa yang ayam buat.
Masa berlalu dan helang itu semakin tua . Pada suatu hari dia ternampak seekor burung hebat terbang tinggi diawan. Ia meluncur laju melawan angin dengan sayapnya hitam berkilat.
Helang bertanya " siapakah itu?' Itu helang jawab salah seekor dari ayam yang ada. Mereka
dilangit dan kita dibumi kerana kita ayam.Jadi helang itupun hidup dan matilah sebagai seekor ayam kerana itulah yang dia fikirkan.

Anda semua juga telah dilahirkan untuk berjaya. Sebagai insan istimewa , dalam dalam diri anda mesti ada satu hajat penting untuk mencapai sesuatu dengan hidup anda. Tetapi untuk kebanyakan orang,secara realitinya ialah mereka terikat dengan rutin harian mereka hingga mereka tidak nampak potensi sebenar mereka dan mereka hidup seperti "ayam" diatas.

Apa kaitannya dengan anda. Anda berada dikelas 8 dan semua warga sekolah memandang seolah-olah kelas itu tiada masa depan dan anda mengakuinya tanpa melihat potensi sebenar anda. Ayuh bangkit , anda tunjukkan yang anda adalah helang yang berada dalam kandang ayam , Bersiap lah untuk membesar sebagai helang terbang tinggi diawan.
Selamat maju jaya.

Terjemhan bebas dari http://www.whitedovebooks.co.uk

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark