19 Nov 2011


Assalamualaikum.

Terengganu nafi bocor soalan Oleh Mohd Feroz Abu Bakar feroz@bharian.com.my 2011/11/19
Sangkal dakwaan ekoran 11 tahun keputusan UPSR cemerlang KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menafikan sekeras-kerasnya khabar angin mendakwa pentadbiran negeri terdesak untuk mengekalkan kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) selama 11 tahun berturut-turut hingga menyalurkan soalan bocor kepada calon.
EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman (kanan), berkata tuduhan berkenaan tidak berasas dan bersifat mempertikai integriti pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta warga pendidik di Terengganu.
Beliau mempersoalkan jika benar dakwaan itu, mengapa Kementerian Pelajaran tidak mengadakan peperiksaan ulangan. “Pencapaian cemerlang calon UPSR di Terengganu sejak 11 tahun lalu hasil kerja keras murid, guru dan pegawai Jabatan Pelajaran peringkat negeri serta daerah. Sejak 2000, kerajaan negeri mengadakan kelas tambahan untuk calon dan memberi insentif kepada guru yang mengajar murid Tahun Enam. “Bermula 2009 pula, kita membekalkan e-book atau komputer riba mini kepada setiap murid Tahun Empat yang mengandungi sukatan pelajaran serta lebih 40,000 soalan latih tubi UPSR,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini semalam. Pengumuman keputusan UPSR 2011 kelmarin menyaksikan 3,548 daripada 22,801 calon di Terengganu mendapat semua A, iaitu pencapaian terbaik di seluruh negara untuk 11 tahun berturut-turut. Ahmad Razif berkata, selain dana Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan sendiri kira-kira RM25 juta setahun membekalkan e-book kepada murid, tidak termasuk RM8 juta untuk memberi komputer riba kepada 3,000 guru mengajar murid Tahun Enam dan 800 guru Angkatan Kerja Rajin Mulia (AKRAM) sejak tiga tahun lalu.

3 Jul 2011

MENYEPI DAN TERUS MENYEPI...

Assalamualaikum n helooooooooooooooooooooooo......

alhamdulillah setelah sekian lama kami menyepikan diri dr dunia blog nie.....

kami bukan mghilangkan diri kerana mrajuk...
tetapi kami hilang untuk mnuntut ilmu d seluruh negeri....

Alhamdulillah semua geng ibnu amir telah berjaya mnempatkan diri dlm bidang msg2..ad yang ke uia,usim,uniten form 6 n mcm2 tmpat....

kami mneruskn lagi prjuangan kami tanpa bersama - sama lagi..tp ak/sy yakin bhawa haty kita sntiasa bersama untuk truskan perjuangan...

tunggukan tranformasi perubahan kami geng ibnu amir......7 tahun lagiiiiiiiii.............!!!!!!!!!!!!!!!!!!

25 Mac 2011

Gi Jordan secara persendirian





Sapa-sapa nak gi belanja sendiri ke JORDAN University sila rujuk anggaran belanja disini

PESAN BUAT SAHABATKU



Saudaraku,
Kadang, ada saat-saat apa yang kita inginkan, yang kita butuhkan, yang kita harapkan, dikabulkan oleh Allah. Alhamdulillah..

Tapi, adakalanya, Allah memberikan sesuatu yang beda, sesuatau yang jauh dari keinginan kita, sesuatu yang jauh dari harapan kita, sesuatu yang sangat menyakitkan bagi qalbu kita.
Tapi, itulah kehidupan wahai saudaraku. Dia-lah, Allah yang Paling mengetahui, yang Maha Mengetahui apa-apa yang terbaik buat kita, hamba-Nya.
Sesuai dengan Firman-Nya,
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Saudaraku,
Meski demikian, meski Allah telah menjelaskan dengan jelas dalam Firman-Nya, tapi kenapa ketika sesuatu itu jauh dari apa yang kita harapkan, begitu menyakitkan?
Ya, itu semua kembali lagi pada diri kita, kepada tingkat keimanan kita. Itu, mungkin adalah bagian dari kasih sayang Allah kepada kita. Bagian dari kepedihan yang akan berbuah sesuatu yang jauh lebih manis.

Kita harus kuat wahai saudaraku, kita harus ridha dengan ketentuan-Nya. Jangan sampai, setan ikut campur dakam urusan kita ini. Jangan sampai kita menjadi bagian dari orang-orang yang tidak sabar dan tidak ridha atas ketentuan Allah. Seperti Firman Allah dalam sebuah hadits Qudsi berikut :
"Barang siapa yang tidak ridha terhadap ketentuan-Ku, dan tidak sabar atas musibah dari-Ku, maka carilah Tuhan selain Aku." (HR. Bukhari dan Muslim)

Masya Allah, Astaghfirullahal ‘adzim..
Semoga Allah menguatkan hati-hati kita untuk semakin tegar dalam menghadapi masalah
dan ketentuan-Nya yang sedang atau akan kita hadapi, serta kita bisa lebih ber-husnudzan dan ber-tawakkal kepada Allah Azza Wajalla.
“...Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan
mencukupkan (keperluan)nya...” (QS.At Thalaq : 3)

Laa Tahzan yaa ikhwah filah, Innallaha ma’ashshabirin.

****……………****

Semoga dalam setiap jari ini mengetik, berbuah kata, kalimat, serta artikel sederhana, tidak hanya menambah wawasan tetapi juga ketaqwaan kita pada-Nya.

Alhaqqu mirrobbika falaa takumminal mumtariin (kebenaran itu datangnya dari Tuhanmu, maka janganlah kamu termasuk orang2 yang ragu)
Allahu a’lam Bish-showab.

www.lover4eva93.blogspot.com


p/s : pesan buat shbt2 geng ibnu amir dan shbt2 follower yang bakal mnjalani fasa baru iaitu fasa universiti..banyak dekatkan diri kalian pada Allah..semakin dewasa,semakin banyak dugaan dan cabaran..utuhkan hati kalian..moga Allah redha.

Geng ibnu amir:ntum semua mgajar ana erti persahabatan yang setia syukran jazilan kathira..kalian smakin dewasa dan kita akan terpisah..semoga Allah pertemukan kita di syurga kelak..Amin...

shbtmu: aishah.....



24 Mac 2011

cubalah nasib disini juga

http://www.khazanah.com.my/scholarship.htm#fragment-3c





tgk kelayakan dan isi jer cuba nasib.......

Penting

1.Sesiapa yang dapat 8 A keatas- anda layak dapat hadiah kecemerlangan yayasan trg-sila isi borang.

2. Sesiapa yang rasa nak jadi anak tajaan yayasan , sila isi borang tajaan sekarang.
Muat turun dari web
TARIKH TUTUP
Borang permohonan yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Yayasan Terengganu dua (2) minggu selepas keputusan peperiksaan SPM 2010 dikeluarkan.

Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar Mesir.
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Jordan Dan Maghribi.
Lesen Juruterbang Kapal terbang Komersial (CPL/A).
Lesen Jurutera Kapal Terbang (MAS
Lesen Juruteknik Kapal Terbang (MAS).
Keterangan lanjut disini

23 Mac 2011

DEBARAN TELAH BERAKHIR

Alhamdulillah,alhamdulillah wa alhamdulillah....

assalamualaikum pengunjung blog kami yang setia..

Alhamdulillah result SPM kami tlh selamat dikeluarkan selepas 3 bulan kami mnjalani Exam tu....dan kami saling berpesan supaya redha dengan apa - apa keputusan skalipun.Dan alhamdulillah kami menerimanya dgn hati terbuka pada 23/3/2011 dan keseluruhan result geng ibnu amir naik dan mantop..alhamdulillah..


syukran jazilan kepada guru2 yg mgajar kami,ibu bapa kami,shbt2 yg sntiasa mndorong kami serta semua yg mmberi sokongan, dorongan dan doakan kejayaan kami..

Kami redha atas segala ketentuanNya....Kejayaan kelas kami amat kami syukuri...

jazakillah semua..



19 Mac 2011

Hijrah Menara Gading


Kelebihan mengikuti program ini:-
1.Cari kenalan baru sebelum masuk menara gading.
2. Mendapat info -info dari senior-senior IPT mengenai U life

Bantuan persediaan Ke U - Yayasan Terengganu telah keluar


Borang Bantuan Persediaan boleh didapati di Pejabat Yayasan Terengganu atau di Pejabat-Pejabat DUN.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Tajaan, Yayasan Terengganu. Tel 09-6221733
atau gi laman web




12 Mac 2011

BAGAIMANA MEMILIH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)


1

Pilih IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia (KPT) :-
- Contoh no rujukan pendaftaran
Universiti : JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS)

Kolej : JPT/BPP(D) 1000-701/ (no IPTS)
2Kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi, selamat dan selesa.
3
Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti kemudahan rekreasi,
kaunseling dan aktiviti kokurikulum.
4
Tempat kediaman atau penginapan pelajar (jika ada) yang selesa dan berhampiran
dengan kampus.
5Lokasi dan persekitaran IPTS yang kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran.
6
Semak samada tenaga pengajar adalah terdiri daripada meraka yang berkelayakan
dan berpengalaman. Contohnya tenaga pengajar bagi peringkat Diploma mestilah
terdiri daripada yang memiliki Ijazah Sarjana Muda.
7
Pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut perancangan yang teratur dan
kemudahan yang disediakan lengkap.
8
Pengurusan dan pentadbiran IPTS yang cekap. Ianya mungkin boleh di nilai
berasaskan track record IPTS.

9

Meneliti setiap tawaran yang dibuat oleh IPTS dengan baik seperti surat tawaran,
fees refund policy dan bantuan pinjaman pendidikan.

BAGAIMANA MEMILIH KURSUS PENGAJIAN

1

Kursus pilihan telah mendapat:
- Kelulusan pengendalian dari Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia
- Mencapai standard Minimum/ Perakuan Akreditasi/
Akreditasi Provisional dari pihak MQA.
Contoh no rujukan pendaftaran
Universiti : JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS)
Kolej : JPT/BPP(K) 1000-600/ (no IPTS)

2

Bidang Pengajian yang di pilih mestilah sesuai dengankelayakan serta memenuhi
syarat kemasukan ke IPTS tersebut.

3

Bidang Pengajian bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa.

4

Yuran kursus yang berpatutan dan bersesuaian dengan bidang yang di pilih.
Perbandingan boleh dibuat dengan IPTS lain yang menawarkan kursus yang sama.

5

Menyemak status kursus Pengajian melalui laman sesawang :
a) Malaysia Qualification Agency (MQA) diwww.mqa.gov.my
b) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di www.jpa.gov.my ** Adalah
di sarankan agar pelajar melawat IPTS sebelum menerima tawaran yang di berikan.
Buat perbandingan secara menyeluruh mengenai kursus di IPTS yang dkendalikan
program yang sama.

laman asal

6 Mac 2011

Borang Guru dah boleh isi......tutup 21/3/11




Aplikasi Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011



Permohonan Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Assalamu'alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Adalah dengan ini dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :
A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)
B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
. Fizik
. Kimia
. Biologi
. Matematik
. Pendidikan Khas
. Bahasa Cina
C. Program Kembar Bahasa Perancis :
. Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language
D. Program Kembar Bahasa Jerman :
. Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Permohonan boleh dibuat mulai 7 Mac 2011 (Isnin) melalui laman di sini.

Sekian, terima kasih.

8 Feb 2011

Buat Medic kat kg kiter


Kerajaan negeri akan mengadakan perjanjian usahasama dengan Royal College Surgeon of Ireland (RCSI) untuk membuka kampus cawangannya di negeri ini dan beroperasi sementara di bangunan sedia ada sebelum mendapat kawasan sesuaibagi membina kampus tetap.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said bersama beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan pegawai dari Yayasan Terengganu (YT) akan ke Ireland untuk memeterai perjanjian berkenaan pada 22 Februari depan.

“Dengan adanya usahasama ini, kita dapat jimat RM1 juta bagi seorang pelajar kerana kos sebenar pembiayaan sepanjang enam tahun bagi setiap pelajar ialah RM1.5 juta,” katanya kepada pemberita di Majlis Penyerahan e-Book kepada murid Tahun 5, Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, di Dewan Komuniti, Kampung Pulau Bahagia, Manir, hari ini.

Dato’ Seri Ahmad Said berkata, kerajaan akan menghantar 50 pelajar setahun ke RCSI untuk tempoh tiga tahun di Ireland setelah menghabiskan pengajian tiga tahun di kampus cawangan tersebut, di sini.

“Kerajaan akan mengeluarkan belanja RM75 juta untuk 50 pelajar jika tempoh pengajian enama tahun di Ireland, tetapi bila usahasama ini dilaksana kita mampu berjimat RM50 juta,” katanya.

Katanya, bila kampus cawangan RCSI mula beroperasi bukan setakat pelajar tajaan kerajaan negeri malah orang persaorangan yang mampu juga boleh hantar anak mereka untuk mengikuti pengajian dalam perubatan di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark