12 Mac 2011

BAGAIMANA MEMILIH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA (IPTS)


1

Pilih IPTS yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian
Tinggi Malaysia (KPT) :-
- Contoh no rujukan pendaftaran
Universiti : JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS)

Kolej : JPT/BPP(D) 1000-701/ (no IPTS)
2Kemudahan dan infrastruktur yang mencukupi, selamat dan selesa.
3
Kemudahan-kemudahan lain yang disediakan seperti kemudahan rekreasi,
kaunseling dan aktiviti kokurikulum.
4
Tempat kediaman atau penginapan pelajar (jika ada) yang selesa dan berhampiran
dengan kampus.
5Lokasi dan persekitaran IPTS yang kondusif bagi pembelajaran dan pengajaran.
6
Semak samada tenaga pengajar adalah terdiri daripada meraka yang berkelayakan
dan berpengalaman. Contohnya tenaga pengajar bagi peringkat Diploma mestilah
terdiri daripada yang memiliki Ijazah Sarjana Muda.
7
Pengajaran dan pembelajaran dijalankan mengikut perancangan yang teratur dan
kemudahan yang disediakan lengkap.
8
Pengurusan dan pentadbiran IPTS yang cekap. Ianya mungkin boleh di nilai
berasaskan track record IPTS.

9

Meneliti setiap tawaran yang dibuat oleh IPTS dengan baik seperti surat tawaran,
fees refund policy dan bantuan pinjaman pendidikan.

BAGAIMANA MEMILIH KURSUS PENGAJIAN

1

Kursus pilihan telah mendapat:
- Kelulusan pengendalian dari Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia
- Mencapai standard Minimum/ Perakuan Akreditasi/
Akreditasi Provisional dari pihak MQA.
Contoh no rujukan pendaftaran
Universiti : JPT/BPP(U) 1000-801/ (no IPTS)
Kolej : JPT/BPP(K) 1000-600/ (no IPTS)

2

Bidang Pengajian yang di pilih mestilah sesuai dengankelayakan serta memenuhi
syarat kemasukan ke IPTS tersebut.

3

Bidang Pengajian bersesuaian dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan semasa.

4

Yuran kursus yang berpatutan dan bersesuaian dengan bidang yang di pilih.
Perbandingan boleh dibuat dengan IPTS lain yang menawarkan kursus yang sama.

5

Menyemak status kursus Pengajian melalui laman sesawang :
a) Malaysia Qualification Agency (MQA) diwww.mqa.gov.my
b) Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di www.jpa.gov.my ** Adalah
di sarankan agar pelajar melawat IPTS sebelum menerima tawaran yang di berikan.
Buat perbandingan secara menyeluruh mengenai kursus di IPTS yang dkendalikan
program yang sama.

laman asal

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark