8 Feb 2011

Buat Medic kat kg kiter


Kerajaan negeri akan mengadakan perjanjian usahasama dengan Royal College Surgeon of Ireland (RCSI) untuk membuka kampus cawangannya di negeri ini dan beroperasi sementara di bangunan sedia ada sebelum mendapat kawasan sesuaibagi membina kampus tetap.

Sehubungan itu, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said bersama beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri dan pegawai dari Yayasan Terengganu (YT) akan ke Ireland untuk memeterai perjanjian berkenaan pada 22 Februari depan.

“Dengan adanya usahasama ini, kita dapat jimat RM1 juta bagi seorang pelajar kerana kos sebenar pembiayaan sepanjang enam tahun bagi setiap pelajar ialah RM1.5 juta,” katanya kepada pemberita di Majlis Penyerahan e-Book kepada murid Tahun 5, Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, di Dewan Komuniti, Kampung Pulau Bahagia, Manir, hari ini.

Dato’ Seri Ahmad Said berkata, kerajaan akan menghantar 50 pelajar setahun ke RCSI untuk tempoh tiga tahun di Ireland setelah menghabiskan pengajian tiga tahun di kampus cawangan tersebut, di sini.

“Kerajaan akan mengeluarkan belanja RM75 juta untuk 50 pelajar jika tempoh pengajian enama tahun di Ireland, tetapi bila usahasama ini dilaksana kita mampu berjimat RM50 juta,” katanya.

Katanya, bila kampus cawangan RCSI mula beroperasi bukan setakat pelajar tajaan kerajaan negeri malah orang persaorangan yang mampu juga boleh hantar anak mereka untuk mengikuti pengajian dalam perubatan di sini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark