19 Sep 2010

Kenali Kolej Teknologi Darulnaim

Keseimbangan kepada aspek akademik, sahsiah dan kepimpinan yang ditekankan oleh KTD menjadi peransang untuk saya berjaya. Semoga saya terus cemerlang dan mampu bermanfaat untuk masyarakat.
Wan Mohd Hasrul Wan Mukhtar, Terengganu GPA 4.00 - DDE

Berada di KTD merupakan lembaran baru bagi saya dalam mencari keredhaan Allah swt. Peluang yang terbentang bukan sahaja untuk mendapat segulung Diploma bahkan untuk mendekatkan diri kepada Maha Pencipta.

Adnan Ahmad, Sabah
GPA 3.79 - DDW

Daftar secara 'ONLINE' sekarang!
Untuk keterangan lanjut berkenaan kemasukan pelajar, program yang ditawarkan dan pembiayaan pengajian,
sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat KTD melalui talian (09) 7747 200 atau (09) 7749 200 - sambungan 0193338484 (En Mohd Razali) atau 0197833850 (Faizah Miswan)

KTD adalah sebuah kolej kerjasama dengan
Universiti Teknologi Malaysia Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor Dublin Business School, UKGriffith College, UK
Southampton Solent University, UK Winchester University, UK





Foundation Programmes UNIKL

Kebanyakannya kursus kejuruteraan. Ada juga nanti boleh sambung untuk jadi jurutera kapalterbang.
link asal
Foundation Programmes Offered by Level of Study

JURUTERBANG PENUH CABARAN DAN BERISIKO



ADAKAH anda bercita-cita ingin memandu pesawat penumpang dalam usia yang muda?

Kerjaya sebagai juruterbang penuh cabaran serta berisiko.

Ramai anak muda menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar juruterbang.

Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru.

Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendalian amat berbeza.

Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau luar negara.

Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat.

Tugas para juru terbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan.

Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat serta maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan.

Sebelum itu, juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik.

Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalu lintas udara dari mula hingga akhir penerbangan.

Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian, penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing.

Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar negara.

Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan ini.

Daripada segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.


Ciri-ciri peribadi yang diperlukan

1. Mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya

  1. Mempunyai keyakinan diri dan komitmen yang tinggi serta berani
  2. Boleh berkomunikasi dengan baik
  3. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
  4. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik
  5. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun
  6. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental
  7. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna)
  8. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci)
  9. Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama

Syarat mengikuti latihan

Anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.


Tempat mengikuti latihan

Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy manakala di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Australian, Filipina dan United Kingdom.


Syarat mengikuti latihan

Pelajar berminat perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian bahasa Melayu dan sekurang-kurangnya C4 dalam matematik, fizik dan bahasa Inggeris.

Kelayakan yang baik dalam mata pelajaran sains akan diberi keutamaan. Pemegang ijazah yang tergolong dalam kumpulan umur di atas dan memenuhi kelayakan yang diperlukan boleh memohon.

credit to - http://www.usm.my/education/kaunseling/tip.htm#6

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark