29 Okt 2010

Exam.....Exam....Exam

Motivasi: Exam dan exam.

Sedang menjalani exam mengira smarties. :-) ~ picture by lady-Tori of deiant art.

Sedang menjalani exam mengira smarties. :-) ~ picture by lady-Tori of deiant art.

Ada orang buat request artikel berkenaan peperiksaan. Hem.

Jadi saya fikir, saya buat satu post berkenaan dengannya. Dengar kata, musim exam sudah semakin hampir untuk pelajar-pelajar universiti di Malaysia. Yakah? Saya dengar sahaja. Sebenarnya, Jordan pun sudah hendak mula exam.

Tetapi saya biasanya tak fikir sangat periksa.

Namun itu tidaklah menjatuhkan martabat kepentingan peperiksaan.

Periksa tetap penting. Walaupun saya tak fikir sangat fasal periksa.

:-)

Sekadar teringat akan bicara Ibrahim Jawarneh.

Satu hari, semasa keputusan imtihan awwal(peperiksaan pertama) bagi maddah(pelajaran) Fiqh Ibadat 2 keluar, ramai pelajar mendapat markah yang rendah. Oh, pembetulan. Ramai pelajar yang mendapat markah yang teramat-amat rendah.

Maka pensyarah yang mengajar, Sheikh Dr Ibrahim Jawarneh melenting di dalam kelas.

Satu ayat dia yang paling tidak boleh saya lupa adalah:

“Antum allaziina la yakhafuunallah!”

Atau dalam bahasa melayunya: “Kamu adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Ayat itu keluar, atas sebab markah peperiksaan kami yang rendah pada hari itu.

Apa kaitan tidak takutkan Allah, dengan markah rendah dalam peperiksaan?

Ada pelajar arab marah dengan ‘tuduhan’ itu. Apa kaitan markah peperiksaan, dengan keimanan kepada Allah? Tidak takutkan Allah adalah tuduhan yang berat sebenarnya.

Tetapi Dr Ibrahim Jawarneh tetap dengan kata-katanya.

“Pelajaran kamu semua adalah amanah. Kamu bermain-main dalam pelajaran kamu. Sebab itu kamu dapat markah yang rendah!”

Maka ada pelajar arab yang lain berkata: “Soalan kau yang susah sangat!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Soalan yang mana? Tunjukkan pada aku!”

Bila pelajar arab itu menunjuk, maka Dr Ibrahim Jawarneh membuka kitab dan menunjukkan jawapan. “Bukankah jawapannya di sini? Apa yang susahnya? Apakah kamu tidak membaca buku dengan baik?” Pelajar itu diam.

Seorang pelajar lagi berkata: “Kau ajar, kami tak faham. Uslub kau susah!”

Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Apakah kau pernah datang ke bilik aku dan suruh aku terangkan semula apa yang kau tidak faham? Tidak pernah bukan?” Pelajar itu diam.

Ada pelajar berkata: “Yang soalan ini kau tidak ajar pun!”

Dr Ibrahim Jawarneh menjawab: “Benarkah? Atau kau yang ponteng kelas pada hari itu?”

Pelajar itu diam.

Akhirnya Dr Ibrahim Jawarneh berkata: “Kamu semua, bermain-main dalam pelajaran kamu. Kamu tidak menuntut ilmu dengan serius. Ini adalah amanah! Kamu semua adalah orang-orang yang tidak takutkan Allah!”

Dan tiada siapa lagi yang bersuara.

Penutup: Kalau kamu takutkan Allah, kamu studi sungguh-sungguh.

Sebenarnya, apa yang saya nak bawakan bukanlah peperiksaan sangat. Yalah. Apa guna saya cakap fasal peperiksaan kalau studi pun tidak sungguh-sungguh.

Pokok pangkalnya pun, kalau saya hendak cakap fasal peperiksaan, tetap saya kena cakap fasal studi sungguh-sungguh bukan? Apa tips menghadapi peperiksaan yang lebih baik dan lebih penting dari studi sungguh-sungguh?

Fahamkah kamu maksud ayat ini:

“…kemudian apabila engkau telah berazam maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.” Surah Ali Imran ayat 159.

Mengapa selepas berazam, terus disebut tawakkal? Di manakah ‘usaha’?

Ahah! Apakah yang Allah mahu tunjukkan ini?

Maksudnya, sebaik sahaja sudah berniat untuk mendapatkan sesuatu(dalam hal kita ini adalah score exam), maka tawakkal sudah bermula ketika itu juga. Apakah tawakkal? Adakah tawakkal ini maksudnya berlepas tangan dan berdoa semata-mata? Tidak. Tidak dan tidak.

Tawakkal itu termasuklah usaha. Usaha kita adalah satu tawakkal juga.

Tidakkah anda melihat?

15 Okt 2010

nothing

Assalamualaikum....
Telah lama blog Ibnu amir nie bersarang.sepanjang kami berdiam diri byk perkara telah berlaku yg mgajar kami erti khdpn,persahabatan dan kenangan.....

Trial Spm telah pun berlalu...Tahniah kepada Abd Hadi krn tlh mengharumkan nama klass kita dgn mndapat 8A dalam trial.....Secara keseluruhannya result semua warga klass kami naik mndadak dan ini mnjadi kepuasan kpd kami...Alhamdulillah....

SPM semakin mndekat n ini bermakna kami bakal berpisah.....Segala kngan dan memori akan direkod dlm knngan.Segala gelak tawa,kesedihan akan mnjd memori terindah kami semua.Harap hubungan persahabatan kami akan berkekalan hingga ke akhir hayat..InsyaAllah..

Kami semakin dewasa n semakin sedar bahawa SPM bakal mndekat...itulah masa penentuan kami untuk mengejar cita2.akautan,guru,pegawai bank dan sebagainya...apa yg bakal berlaku pada 10 tahun akan datang...Kami butuh doa dari semua pembaca blog ini...

Jamuan raya yg diadakan seminggu slps buka sekolah x akn kami lupakan.gelagat semua suku sakat gengibnuamir sungguh klako...mknn yg sedap2...

Menu kami ialah: Nasi Beriani by mazni's mom
KFC sponsor by org yg x mau dkenali
Satay sponsor by Tg.Hanif
cndawan goreng yg dibawa oleh Hadi n dimasak oleh ibu adib..
kredit to all geng ibnu amir...mmg meriah n mantap
x lupe gak buat guru2 yg memeriahkan...huhuhu

kngan majlis hari raya d teratak geng ibnu amir...

Lastly,kami mohon doa drpd semua pengunjung blog kami agr dipermudahkan urusan kami dalam peperiksaan...
kepada semua gengibnuamir buktikan kepada dunia bahawa kita blh walaupun kita satu2nya kelas perdagangan di sklh.....

"Hnya zamn p'sekolahan shje yg mgjar kita erti shbt & remaja,
dan ble zmn i2 berlalu,nescayer ia x kan kmbali lg....,
mase ini jua kte m'bawa haluan msg...,
mgkn sukar utk kte smua bersatu kmbali dlm 1 tmpt sekecil 1 bilik darjah,
belajar,bergurau,kenakan guru,ke kantin,berjln bersama....,
terbukti pd zmn pljr adlh zmn remaja yg sukar dlupakan..,
mgkin satu hari nnti kita akn mngis krn rndukan zmn pljr yg sgt indah....,,

ukhuwwah fillah abadan abada...

kredit to mazni fajrina








post by i-shah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark