3 Okt 2010

Kerjaya di jabatan Bomba


Ingin menyertai kami ?
Tugas-tugas dan Cabaran Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia
- MEMADAM KEBAKARAN DI STRUKTUR
- UNIT UDARA
- MEMADAM KEBAKARAN DI STRUKTUR TINGGI
- UNIT PENGESAN K-9
- MEMADAM KEBAKARAN DI HUTAN
- UNIT EMS
- MENYELAMAT DI JALAN RAYA
- KOMUNIKASI
- UNIT MOTOSIKAL GERAK CEPAT
- UNIT HAZMAT
- UNIT MENCARI DAN MENYELAMAT
- UNIT 'MUST'
- UNIT MENYELAMAT DI DALAM AIR
- UNIT PENYIASATAN
Jawatan : Pegawai Bomba
Gred : KB17
Kumpulan : Sokongan

Kem./Jab. : Jabatan Bomba dan Penyelamat
Jadual Gaji :

P1T1 RM827.94 - P1T24 RM2177.15
P2T1 RM880.88 - P2T24 RM2298.18
P3T1 RM935.33 - P3T24 RM2423.63

Syarat Lantikan:

i) a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;

ii) mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang
berikut :-

a) tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita
tanpa bersepatu;

b) berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi
wanita.

c) mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm
dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);

d) lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji
berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan
cermin mata;

e) pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
f) diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.

iii) lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan seperti
berikut :-

a) mengangkat berat seberat 54kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
b) menjulang dan menegakkan tangga Ajax
c) menaiki tangga penyelamat 16.5m; dan
d) memanjat tali

iv) lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan)
pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

http://www.spa.gov.my

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark