5 Jan 2010

Kaedah "MURDER"

See full size image




Penerangan sistem belajar "MURDER" ini, yang diadaptasi dari buku The Complete Problem Solver oleh Bob Nelson, adalah seperti berikut:

1. Mood - Suasana Hati.
Sentiasa cipta mood yang positif untuk belajar. Ini boleh dilakukan dengan menentukan waktu, lingkungan dan sikap belajar yang sesuai dengan diri anda.

2. Understand – Pemahaman.
Tandakan maklumat yang anda TIDAK faham dalam satu topik. Fokuskan pada topik tersebut atau lakukan beberapa latihan untuk topik tersebut.

3. Recall – Ulang.
Setelah belajar satu topik, berhenti dan ulangkaji dari topik tersebut dengan kata-kata yang anda buat SENDIRI.

4. Digest – Telaah.
Kembali pada topik yang anda tidak faham dan PELAJARI KEMBALI keterangan yang ada. Lihatlah maklumat yang berkaitan pada artikel, buku teks atau sumber lain, atau bincanglah dengan teman atau guru.

5. Expand – Kembangkan.
Pada langkah ini, tanyakan tiga persoalan berikut terhadap bahan yang telah anda pelajari: Andaikan saya bertemu dengan penulis bahan tersebut, pertanyaan atau kritikan apa yang hendak saya ajukan?
Bagaimana saya boleh mengaplikasikan bahan tersebut ke dalam hal yang saya suka?
Bagaimana saya boleh menjadikan maklumat ini menarik dan mudah difahami oleh pelajar-pelajar lainnya?

6. Review - Pelajari Kembali.
Pelajari kembali bahan pelajaran yang sudah dipelajari. Ingatlah strategi yang telah membantu anda memahami dan/atau mengingati maklumat. Jadi, terapkan strategi tersebut untuk cara belajar anda yang berikutnya.

diambil dari http://ubkskbalikpulau.blogspot.com/2009/09/kaedah-murder.html

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark