30 Dis 2009

PELUANG KITER

Salam sejahtera kawan2 semua. Siapa kata kita kelas 8 tiada peluang . Tengok lah dibawah ini senarai peluang kiter. Jom berusaha untuk merebut peluang ini.

Syarat-Syarat Umum
a) Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Melayu/Bumiputera);
b) Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010;
c) Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga (3) matapelajaran berikut:
i) Bahasa Melayu;
ii) Sejarah; dan
iii) Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah atau Pendidikan Moral dan;
d) Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.

19) Perakaunan Negara: Australia & United Kingdom
JPA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam lima (5) matapelajaran berikut:
a) Prinsip Perakaunan
b) Matematik
c) Matematik Tambahan / Sains / Sains Tambahan
d) Bahasa Inggeris
e) Fizik / Ekonomi Asas / Perdagangan / Pengajian Keusahawanan
20) Perakaunan Negara: Australia & New Zealand
MARA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam lima (5) matapelajaran berikut:
a) Prinsip Perakaunan
b) Matematik
c) Matematik Tambahan / Sains / Sains Tambahan
d) Bahasa Inggeris
e) Fizik / Ekonomi Asas / Perdagangan / Pengajian Keusahawanan

29) Ekonomi Islam / Perbankan Islam / Kewangan Islam Negara: Jordan & Mesir
JPA / MARA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga (3) matapelajaran berikut :
a) Matematik / Matematik Tambahan
b) Prinsip Perakaunan
c) Ekonomi Asas / Perdagangan / Pengajian Keusahawanan
dan mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam salah satu matapelajaran berikut :
d) Bahasa Arab (Komunikasi) / Bahasa Arab Tinggi

30) Sastera Ikhtisas (Contoh : Pengurusan, Pentadbiran Awam, Kuantitatif, Sains Perpustakaan & Sains Maklumat)Negara: Amerika Syarikat, Jordan, Kanada, Mesir & United Kingdom
JPA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam dua (2) matapelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris
b) Matematik / Matematik Tambahan
dan mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam mana-mana tiga (3) matapelajaran.

31) Sastera Ikhtisas (Contoh : Ekonomi, Pentadbiran Perniagaan, Kewangan) Negara: Amerika Syarikat
MARA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga (3) matapelajaran berikut :
a) Matematik
b) Matematik Tambahan / Sains / Sains Tambahan
c) Bahasa Inggeris
dan mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam dua (2) daripada mana-mana matapelajaran berikut :
d) Ekonomi Asas / Fizik / Kimia / Prinsip Perakaunan / Perdagangan / Pengajian Keusahawanan / Geografi / EST / Teknologi Maklumat

32) Pentadbiran Perniagaan Negara: Amerika Syarikat & United Kingdom
JPA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam tiga (3) matapelajaran berikut :
a) Matematik Tambahan / Sains / Sains Tambahan
b) Bahasa Inggeris
c) Perdagangan / Prinsip Perakaunan / Pengajian Keusahawanan
dan mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam dua (2) daripada mana-mana matapelajaran berikut :
d) Matematik / Ekonomi Asas / Fizik / Kimia / EST / Geografi / Teknologi Maklumat

38) Sastera Ikhtisas Negara: Malaysia di Universiti Penyelidikan (Research Universities) - Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).
JPA
Mendapat sekurang-kurangnya gred 2A dalam dua matapelajaran berikut:
a) Bahasa Inggeris
b) Matematik / Matematik Tambahan
dan mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam mana-mana tiga (3) matapelajar



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark