31 Dis 2009

SELAMAT TINGGAL 2009

Assalamualaikum......

Akhirnya 2009 melabuhkan tirainya pada malam ini.Ramai remaja2 yang sedang berpusu2 untuk menyambut tahun baru dengan cara yang salah.Baru-baru ini ana ada menerima sms yang berbunyi begini : perhatian wahai umat ISLAM,
bila sampai 31disember,berape ramaikah yg bersedia meraikan tahun baru?
tetapi sedarkah merka bahawa telah difatwakan oleh,
Sheikh al-Azhar,Sheikh Tantawi,Sheikh Yusof al-Qodrawi,dan ulama'2 kotemporary
bahawa menyambut tahun baru bererti
menyambut ulangtahun hari jadi tuhan yahudi&kristian.
bagi mereka yg xtahu,hukumnya fasiq(dosa besar),
tetapi bagi meraka yg dah tahu,hukumnya murtad..nauzubiLlah.
jadi,fikir2kanlah!
sebarkanlah kepada saudara islam yg laen semampu anda=]
MasyaAllah.pada zaman moden ini ramai remaja yang meraikan tahun baru dgn cara berpesta dan sebagainya.Ana telah mnjumpai satu kisah mengenai tragedi di sebalik sambutan tahun baru.Semoga dapat membuka minda dan hati shbt2 semua.

5 orang adik beradik Palestin sedang tidur ketika itu ketika mana tentera udara Israel sedang melakukan serangan ke atas masjid berhampiran dan dan salah satu dinding runtuh ke atas bumbung rumah mereka terus menghempap kelima2 beradik yang sedang tidur di dalam bilik itu ketika itu.
Mereka semua mati serta merta di situ.
Yang paling tua antara mereka berumur 17 tahun dan yang paling muda berusia 4 tahun.

"Mereka membesar hari demi hari,malam demi malam,dan hanya tempoh sesaat sahaja,mereka diambil daripada saya"
ujar ayah kepada 5 mangsa itu-
Tahrir, 17;
Ikram, 15;
Samar, 12;
Dina 8;
Jawaher,4,

- yang turut cedera bersama 3 lagi anaknya lain yang terselamat.
Upacara pengebumian mereka pada hari itu di hadiri oleh ratusan orang dan ahli keluarga.
Berikutan ruang kubur yang tidak mencukupi,mereka terpaksa berkongsi liang lahad.Di mana kakak sulung mereka di tempatkan dalam satu liang lahad, manakala 4 yang lain terpaksa berkongsi satu liang lahad.

"Ini semua adalah kehendak dan ketentuan Allah, saya percaya kepada Allah." tambahnya lagi ketika berucap semasa pengebumian anak-anaknya.


Askar Israel ketika menjawab kejadian itu berkata"Kami ingin menyerang masjid yang berhampiran situ kerana tempat itu dipercayai menjadi tempat perkumpulan pejuang Hamas. Dan ketika itu, kami dapati ada seorang lelaki bersenjata di dalam masjid itu."
Pak cik kepada 5 kanak-kanak malang itu menjawab respon askar Israel itu dengan mengatakan mereka adalah mangsa yang tidak bersalah,

"kami bukanlah orangnya yang melakukan serangan roket kepada Israel.Kami hanya manusia biasa,bukan binatang!"

Sebelum kejadian, mereka sekeluarga dikatakan telah berpindah keluar daripada rumah mereka setelah serangan Israel semakin menjadi, tetapi malam itu mereka semua pulang semula untuk adik-beradik malang itu bertemu "takdir" mereka disitu.
Kakak kepada 5 beradik yang terkorban itu yang terselamat walaupun telah tertimbus ketika rumah mereka runtuh akibat serangan udara Israel itu berkata,

" saya katakan kepada adik2 saya yang telah terkorban, kamu semua adalah Syuhada', inilah pengakhirannya."

"Dan berperanglah di jalan Allah terhadap orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu mencabuli; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang mencabul."
(Al-Baqarah:190)

rujukan : http://khalifmujahid.blogspot.com

Semoga mereka ditempat kan dikalangan para syuhada.Amin.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails Share/Bookmark